HARAPAN SERIBU MAKNA

Aku hanya perlukan novel yang kosong untuk diisikan sepenuhnya. Bukan untuk separuh tapi setebal alam yang mungkin. Mungkin tak perlu aku tuliskan semua diatas kertas lagi kerana ia susah pabila hancur hati kena bakar. Hari mendatang menjelang siang sehingga ke malam. Saat pertemuan di instagram sehinggalah rapat di twitter dan akhirnya di whatsapp. 
Tapi, usaha tidak menentu. Usaha yang datang untuk siapkan sehelai kertas sangat susah bagiku. Kerana halangan datang bagaikan manusia melintas di jambatan yang roboh. Air yang tenang mungkin di dalamnya ada ombak. Siapa yang tahu? Yaa, apa yang aku rasakan mungkin dekat luar nampak biasa, tapi dalamnya luar biasa. Aku perlu luahkan segalanya di blog kerana luahkan segalanya untuk dia secara terangan bukan jalan penyelesaiannya. 
Mungkin air di daun keladi boleh meresap kan. Kata kata susah nak buat manusia percaya, tapi apa yang aku ikhlas segalanya keluar dari hati. Jikalau hatiku boleh bercakap untuk kau. Aku bersyukur sangat biar kau tahu apa terletaknya di dalam hati aku untuk kau. "Muka ganas, dalam hati ada taman" Orang cakap? Tapi dalam hati ada taman tak semestinya taman tu suma penuh dengan bunga dengan rama-rama. Apa yang manusia luar nampak? Bukan susah nak tipu kalau nak dapat apa yang kita mahu. Maksudnya, luahan mulut ada lah kata kata, tapi luahan dari hati ada lah keikhlasan. Mungkin aku cuba cari jalan yang terbaik untuk kau berada disampingku. Berada sepanjang masa aku susah dan senang. Menjaga hati masing masing. 
Sejak kita kenal, aku mula sayangkan kau. Aku jujur dan ikhlas, aku mengharap apa yang aku luahkan, kau pun rasa benda yang sama apa yang aku rasa. Burung kalau ada kelebihan dan terbang dari Malaysia ke Arab Saudi secara terusan, aku pun mahukan benda yang sama. Burung pun tahu apa erti penat untuk tuju ke tempat yang mahu dituju. Macam tu lah hati aku nak tuju kepada kau. Tapi kau banyak buat R&R untuk aku terpaksa singgah. Bahagianya hidup kalau dapat hidup macam Mr. Bean dengan teddy bear dia. 
Aku sangat sangat sangat berharap, kau orang terakhir bagiku. Mungkin jodoh pertemuan kita susah nak capai. Hati je yang selalu gelojoh untuk pergi dulu. Tak susah rasanya nak buat apa yang kita mahu. Tapi dugaan yang Allah bagi, kita kena redha. Kalaulah manusia akan dibunuh satu persatu, mohon aku di hadapan kau. Biarkan aku pergi dulu ketika itu, mungkin aku adalah manusia terakhir yg akan dibunuh. Tapi tolong, jangan lupakan aku. Langit luas sangat, kalau kau jadi bulan carilah bintang yang paling terang untuk terangi hidupmu jika mungkin aku dah pergi jauh darimu. 
Aku sanggup tengok kau bahagia daripada kau menderita. Kerana cinta aku datang, kerana sayang aku pulang. Dan kerana cinta aku menulis. Tapi kenapa cinta itu buta? Cinta tak buta kalau kau tak cucuk mata dia. Dan cinta tak buta jugak kalau kita saling faham perasaan antara satu sama lain. Kenapa aku pilih kau dalam hidup aku? Dan kenapa kau banyak kali terlintas dan sering menjadi bayangan dalam hidup aku? Jadilah air yang paling jernih sehinggakan aku dapat minum jika kehausan. Kalau hati boleh dilihat dan boleh bercakap, kau orang pertama aku akan tunjukkan, dan kau orang pertama yang dapat mendengar. 
Aku tahu niat kau terlalu baik untuk aku. Aku dapat rasa kau adalah yang terbaik untuk aku. Cara kau layan aku dengan kemarahan pun dah nampak sangat diri kau tu baik untuk aku. Kau tak tengking, kau sentiasa jaga hati aku. Aku tak tahu kenapa aku betul cinta dan sayang kau sepenuhnya walaupun kau bukan milik aku. Tapi bagi aku, datang dengan harapan dan bawa pulang dengan kejayaan. Susah nak usaha kan manusia cepat putus asa. Tapi aku cuba, aku cuba yang paling terbaik dari diri aku untuk kau. Masalah hidup tak berpuncakan kita untuk bercinta, mungkin masing masing boleh berkongsi. Lahirnya sebuah cinta dari kasih sayang seseorang. Sayang memang senang, tapi cinta itu sukar. Sukar bagi manusia yang banyak sangat pilihan. Fikir benda lain. Masalah hidup lagi, itu ini. Tapi kita tak boleh bantah, tu suma dugaan yang datang dari Allah. 
Aku sentiasa ada untuk kau. Aku akui, aku banyak kali dapat situasi yang sama macam sekarang apa yang aku rasa. Selalu jadi org ketiga dan aku lah punca segalanya. Aku tahu, aku tak sehebat lelaki lain. Aku adalah manusia paling bawah. Disebabkan gula semut datang. Disebabkan sayang cinta datang. Tapi kenapa cinta aku untuk kau? Adakah kau rasakan benda yang sama? Banyak kali aku cuba buka kunci dari hati kau tp aku tak dapat sebab aku takde kunci. Kunci tercicir dalam hati sendiri. Dan sekarang aku perlu usaha untuk buka kunci tu sampai dapat. Dan aku selalu berdoa agar kau lah manusia terakhir dalam hidupku nanti. Mungkin susah nak datang, tapi senang nak pergi. Jauh pejalanan, sekerat jalan pulang. Aku taknak :') Kau cukup sempurna bagiku. Tak guna termenung jauh kalau cita-cita takde. Dan cita-cita aku untuk kau adalah, melamar kau untuk jadi teman dalam hidup aku selamanya. Semua ni cerita MUNGKIN dan KALAU terjadi.

OYAH <3